Selangor mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City 4-0 dalam aksi minggu ke-10 saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Ronnie Fernandez tidak menunggu lama untuk membuka jaringan awal buat pasukan tuan rumah pada minit ke-11 bagi mendahului Kuching City 1-0 dalam 45 minit pertama.
Penyerang kelahiran Jordan, Oli Olwan, memastikan debut pertamanya dengan kenangan manis apabila membuka akaun jaringan sekali gus menambah duka buat pasukan pelawat untuk mendahului 2-0 hasil jaringannya pada minit ke-67.
Selang tujuh minit kemudian, giliran Umar Eshmurodov pula untuk meletakkan nama sebagai penjaring pada minit ke-74 untuk memastikan Selangor selesa mendahului Kuching City 3-0.
Alvin Fortes melengkapkan jaringan keempat Selangor pada minit ke-80 untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik The Red Giants.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS10#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/VILeXA9sWF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 13, 2024
Selangor kekal menduduki tangga kedua Liga Super 2024/2025 dengan 22 mata selepas mencatatkan tujuh kemenangan, satu keputusan seri dan dua kali tewas. Anak buah Aidil Sharin Sahak pula berada di kedudukan keempat dengan 14 mata.