Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Akram sah milik TFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhram.jpg
Bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, pemain kelahiran Kedah yang berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad Penyu.

"Akram merupakan antara pemain yang memiliki kekuatan fizikal cukup baik serta terkenal dengan aksi agresif dalam bertahan yang dilihat dapat membantu memperkemaskan dan memberi impak pada bahagian tengah pasukan ini (TFC).

"Akram juga antara pemain penting yang membawa KL City FC ke pusingan Piala Konfederasi Asia (AFC) 2022 dan naib juara Piala FA 2023," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Sabri berkata, Akram memilih untuk berhijrah ke Terengganu setelah tertarik dengan corak kejurulatihan daripada Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner.

"Sekali gus ia memberikan keyakinan dirinya untuk hadir memperkuatkan jentera tengah pasukan Terengganu FC," ujarnya.

Sementara itu, Akram yang bakal menyarung jersi nombor 14 tersebut berkata bahawa beliau sudah tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan TFC.

Akram juga turut menaruh harapan untuk membantu pasukan TFC bagi mendapatkan kejayaan pada musim 2024/2025.

Sebelum ini, Akram pernah beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), PKNS FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Beliau juga pernah mewakili negara bersama skuad bawah 19 tahun (U-19) di Kejohanan Remaja B-19 Piala AFF 2011.-Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video