Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Akram Mahinan sedar saingan hebat rebut tempat di KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akrarm-mahinan.jpg
Pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan, memberikan gambaran betapa dia akan melalui tempoh sukar dalam merebut tempat bagi saingan musim ini.

Menjelang sepak mula Liga Super hujung bulan ini, Akram sudah dapat melihat perubahan yang drastik dalam corak latihan pasukannya selain persaingan yang cukup hebat ditunjukkan setiap pemain.

"Latihan kini memang agak mencabar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya sudah berusia 30 tahun dan ini kali pertama saya melalui latihan yang sesukar ini.

"Kami sudah menerima gambaran awalnya kerana permintaan untuk tahun ini amat tinggi, kami mahu mendapatkan tempat yang lebih baik. Kami ada sasaran yang agak tinggi.

"Cabaran besar itu kerana format liga kita sudah berbeza, sudah ada sembilan pemain import, pemain tempatan juga mahu merebut tempat, jadi permintaannya amat tinggi dan pesaingannya juga menjadi amat kuat.

"Saya rasa ia sesuatu yang baik untuk pemain keluar dari zon selesa dan mencuba untuk melangkaui batasan mereka," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video