Ketua jurulatih Kelantan United FC, Ailton Silva, bersikap waspada berdepan Sabah FC dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok.
Ailton berkata, Sabah merupakan pasukan yang kuat dibarisi pemain muda dan tonggak berpengalaman yang sudah masak dengan kancah saingan Liga Super.
"Kami tahu perlawanan ini akan menjadi sukar, mereka mempunyai skuad yang kuat dan ia akan menjadi cabaran hebat untuk kami.
"Tapi saya fikir, adalah sangat penting juga buat kami melihat bahawa pemain memahami setiap kerja serta cara kami perlu bermain," katanya.
Menurutnya, barisan pemain Kelantan United perlu fokus sepenuhnya dalam perlawanan itu bagi memastikan mereka mampu mencuri mata.
"Jika Sang Kijang Hijau melakar keputusan positif, ia mampu memikat lebih ramai penyokong untuk ke stadium selepas ini.
"Apabila bermain bagus, mereka akan dapat sokongan penyokong dan ia penting, terutama dalam perlawanan di tempat sendiri," katanya.
Diminta mengulas tentang akan berada di bangku pasukan di tepi padang buat kali pertama, Ailton menjelaskan memang ada tekanan apabila berada situ tetapi dia tidak tertekan kerana sudah biasa.
"Bagi saya, ia adalah sangat biasa. Memang ada tekanan tetapi apabila selalu bekerja di sana, saya sudah biasa.
"Sudah tentu ada kebimbangan dalam perlawanan pertama tetapi itu perkara biasa dan apabila perlawanan sudah bermula, semuanya berakhir," ujarnya.
Kredit: Sinar Harian