Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Abdi Hassan puas hati prestasi Selangor di Alor Setar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-darul-ehsan.jpg
Keputusan di atas kertas jelas kelebihan tampak memihak kepada skuad The Red Giants setelah menang dalam lima pertemuan terdahulu ke atas Kedah Darul Aman (KDA) dengan momentum itu diteruskan selepas menang tipis 1-0 dalam aksi minggu ke-15 Liga Super 2024/2025, malam tadi.

Dalam kemunculan pertama pengendali sementara Selangor, Abdi Hassan, Faisal Halim diberikan peluang kembali dalam kesebelasan utama selain Selangor turun tanpa khidmat Noor Al-Rawabdeh dan Sharul Nazeem Zulpakar yang terpaksa direhatkan gara-gara kecederaan.

Sang Kenari garang memulakan perhitungan dengan percubaan awal Sony Norde pada minit kesembilan namun tersasar.


 


Walaupun terdapat usaha dari Selangor, namun kedudukan tanpa jaringan bersambung sehingga ke babak kedua selepas hantaran silang Ahmad Zikri Khalili disempurnakan oleh Izwan Yuslan pada minit ke-47.

"Saya rasa ia keputusan yang baik, separuh masa pertama kami mengawal permainan, kami patut menoktahkan peluang dengan beberapa jaringan sepatutnya.

"Separuh masa kedua pasukan lawan mula keletihan dan kami patut beraksi dengan lebih  bertenaga daripada segi kepantasan untuk mencipta lebih banyak peluang. 


 


"Saya lebih kecewa kerana kami tidak menjaringkan lebih banyak gol untuk menjadikan perlawanan lebih menarik. Saya gembira dengan kemenangan ini dan pemain layak untuk menang selepas keputusan dalam perlawanan sebelum ini." kata Abdi Hassan.

Pada minit ke-93 menyaksikan insiden huru-hara berlaku sebaik Sony Norde melakukan kekasaran kepada dua pemain Selangor yang mengakhiri pertemuan di Alor Setar dengan pasukan tuan rumah terpaksa akur di laman sendiri.

"Perlawanan ini sangat sukar, daripada segi persediaan kami belum cukup baik iaitu aspek kecergasan dan keadaan fizikal. Selangor lebih baik tetapi pemain KDA telah memberikan yang terbaik.

"(Untuk) menentang Selangor yang berada dalam keadaan baik dan mereka beraksi pentas Asia, untuk berdepan Selangor dalam pusingan pertama liga agak sukar." tambah jurulatih KDA, Nafuzi Zain.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video