Liga Bolasepak Amatur (AFL) menerima notis penarikan diri pasukan Kelantan dalam satu kenyataan siaran media yang dikeluarkan, sebentar tadi.
Ini bermaksud, cabaran saingan Liga A1 Semi-Pro 2024/25 hanya akan disertai 15 pasukan sahaja bagi mengharungi 210 perlawanan yang akan bermula 1 Jun ini.
Menurut Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, sebelum ini, Kelantan sudah diberi tempoh lanjutan pendaftaran pemain sehingga semalam namun tidak berjaya berbuat demikian selepas gagal menyenaraikan minimum 20 pemain bagi satu pasukan.
"Pasukan The Red Warriors itu terpaksa menarik diri akibat sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menyebabkan mereka hanya boleh mendaftar pemain sedia ada sahaja," katanya.

— Amateur Football League (@MY_AFL) May 25, 2024