Penyerang utama Al-Hilal, Aleksandar Mitrovic, menjaringkan dua gol untuk pasukannya ketika memulakan kempen untuk mempertahan gelaran Liga Pro Saudi dengan kemenangan selesa 3-0 menentang Al-Okhdood.

Dia yang mencetak dua gol dalam kemenangan 4-1 Al-Hilal ke atas Al-Nassr dalam perlawanan akhir Piala Super Saudi minggu lalu, sekali lagi mencetak dua gol bagi aksi pembukaan liga pada masa pertama.

Pemain kelahiran Serbia itu membuka tirai jaringan dengan hanya empat minit perlawanan dengan hantaran yang diberikan oleh Abdullah Al-Hamdan.

Dia menggandakan jaringan sejurus sebelum rehat dengan sekali lagi berganding bahu bersama Abdullah sebelum menghasilkan tandukkan menewaskan Paulo Vitor.

Kemenangan itu disahkan selepas pemain tengah, Sergej Milinkovic-Savic menerusi sepakan percuma yang cantik pada masa kecederaan separuh masa pertama untuk jaringnnya yang ke-14 kelab itu.