Skip to main content

Bola Sepak

Liga Pro Saudi: Joao Felix kini rakan sepasukan Cristiano Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gxcglr7xoaaxpcc.jpg
Penyerang Portugal, Joao Felix, sah menyertai Al Nassr daripada juara Piala Dunia Kelab FIFA, Chelsea, dengan yuran perpindahan RM245 juta untuk kontrak dua tahun.

Felix yang berhijrah dari Benfica ke Atletico Madrid pada 2019 ketika dia berusia 19 tahun dan kemudian menyertai Chelsea secara pinjaman pada kempen 2022/23 dan dipinjamkan ke Barcelona pada musim berikutnya.

 

Dalam pada itu, dia menyertai Chelsea secara kekal pada Ogos 2024 namun gagal mencuri hati di bawah kendalian Enzo Maresca sebelum dipinjamkan ke AC Milan.

Kini, Felix akan beraksi bersama kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, di Al Nassr, yang kini dilatih rakan senegara Jorge Jesus.
 

Advertisement

Must Watch Video