Skip to main content

Bola Sepak

Liga Piala Remaja KPM-FAM: SMK TATAR rangkul kejuaraan penuh dramatik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

smk-tatar.jpg
Selepas kali terakhir bergelar juara pada 2012, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR),  berjaya merangkul kejuaraan penuh dramatik, bangkit menewaskan Akademi Mokhtar Dahari B16, dalam penentuan sepakan penalti Liga Piala Remaja KPM-FAM.

Kedua-dua pasukan memiliki peluang jaringan di babak pertama, namun gagal diterjemah dengan sempurna.

AMD tampak garang sebaik separuh masa kedua bermula, dan tindakan bijak Muhamad Asmadi memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan yang gagal menepis bola dengan kemas meletakkan AMD di depan.

Kemenangan hampir menjadi milik mereka, namun SMK Tunku Anum menghadirkan kejutan saat akhir menerusi gol Muhammad Hariz Haziq yang berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Insiden pergaduhan menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa teruskan perlawanan dengan 10 pemain dan keputusan seri kekal hingga tiupan wisel penamat sekaligus memaksa juara ditentukan menerusi penalti.

Penjaga gol Muhammad Airell Elfi muncul wira buat SMK Tunku Anum dengan menyelamatkan satu percubaan dan memastikan kejuaraan milik mereka kali ini.

Advertisement

Must Watch Video