Skip to main content

Bola Sepak

Liga Persidangan Europa: Nasib Tottenham masih samar-samar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

conte.jpg
Tottenham mungkin bertemu Rapid Vienna dalam pusingan awal peringkat kalah mati Liga Persidangan Europa dengan perlawanan kumpulan terakhir mereka dengan Rennes yang ditangguhkan masih belum ditentukan.

Perlawanan terakhir membabitkan Kumpulan G itu sepatutnya berlangsung awal pagi Jumaat lalu tetapi terpaksa ditunda berikutan penularan COVID-19 di kelab itu.

Mereka menduduki tempat ketiga kumpulan di belakang kelab Belanda, Vitesse.

Sehubungan itu, Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) akan memutuskan pasukan manakah yang bakal mara selepas badan induk berkenaan memutuskan perlawanan berkenaan tidak akan dijadualkan semula kerana gagal menetap tarikh yang mampu memuaskan hati kedua-dua belah pihak sebelum 31 Disember ini .

Vitesse akan mara sekali gus menentang wakil Austria itu sekiranya perlawanan berkenaan diputuskan berpihak kepada Rennes, baik menang mahupun seri.

Sementara itu, satu lagi pesaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City, yang tersingkir daripada Liga Europa bakal menentang Randers dari Denmark.

Celtic mengalami nasib serupa seperti The Foxes dan gergasi dari Glasgow itu akan bertemu Bodo/Glimt untuk merebut tempat ke pusingan 16 terakhir.

Mereka bukan satu-satunya bekas juara Eropah yang berada dalam undian itu dengan pasukan Ligue 1, Marseille, pula diundi berjumpa Qarabag sementara PSV berdepan Maccabi Tel-Aviv.

Pusingan pertama akan berlangsung pada 18 Februari dan perlawanan timbal balik berlangsung seminggu kemudian.

Undian penuh: 

Marseille lwn Qarabag
PSV lwn Maccabi Tel-Aviv
Fenerbahce lwn Slavia Prague
Midtjylland lwn PAOK
Leicester City lwn Randers
Celtic lwn Bodo/Glimt
Sparta Prague lwn Partizan Belgrade
Rapid Vienna lwn Vitesse or Tottenham
 

Advertisement

Must Watch Video