Selepas beraksi cemerlang dan menamatkan aksi persahabatan dengan dua kemenangan di Medan, Indonesia, pengendali Kelantan United FC (KUFC), Zahasmi Ismail, mahu pemainnya terus meningkatkan prestasi kerana saingan dalam Liga Perdana lebih sukar berbanding Liga M3.
Selain itu, pemain juga perlu mengubah sikap dan sentiasa fokus menjelang aksi pembukaan menentang Perak II di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, 1 Mac depan.
"Liga Perdana bukan seperti Liga M3, saingannya sangat berbeza dan kami mesti memberi lebih tumpuan untuk bersaing dengan pasukan yang lebih berpengalaman.
"Semua pasukan yang ada dalam Liga Perdana telah melakukan persiapan rapi dan jika kami mengambil mudah, pasti berdepan dengan kesukaran," katanya.
Zahasmi, yang berjaya membawa KUFC merangkul kejuaraan Liga-M3 musim lalu, mengakui jelajah Lembah Klang yang diatur untuk skuad Sang Kijang Hijau itu memberi lebih keyakinan dan persefahaman kepada pemainnya.
"Kami akan turun menentang skuad Liga M3, ATM, di Stadium Mindef, Kuala Lumpur, Selasa ini.
"Selepas itu, kami akan bertemu lawan lebih kuat yang beraksi dalam Liga Super, PJ City FC, di Stadium UM Arena pula."
Kredit Foto: KUFC
Editor: Nafis Abdullah