Skip to main content

Bola Sepak

Liga Negara-Negara UEFA: Michael Olise 'naik pangkat', sertai pasukan bimbingan Deschamps

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

michael-olise_qga47rgrs6bs1jt0pxcwf8h5z.png
Michael Olise tersenarai dalam skuad senior Perancis buat pertama kali oleh Didier Deschamps bagi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA bulan hadapan.

Olise, yang mewakili Perancis di Sukan Olimpik Paris, merupakan salah seorang dari dua pemain berjaya naik pangkat bersama pemain tengah Borussia Monchengladbach, Manu Kone.

Pemain berusia 22 tahun itu menyerlah ketika beraksi di Sukan Olimpik, membantu skuad kendalian Thierry Henry melangkah ke final buat pertama kali sejak 1984, menjaringkan dua gol dan mencetak lima bantuan jaringan.

Olise melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich dengan yuran perpindahan bernilai GBP50.8 juta sebelum ke Olimpik susulan melakukan 16 penglibatan jaringan (10 gol dan enam bantuan jaringan) untuk Crystal Palace bagi musim 2023-24.

"Michael melakukan perkara yang hebat dengan pasukan Olimpik kendalian Thierry Henry dan dia telah naik ke kategori baharu dengan perpindahannya ke Bayern Munich," kata Deschamps.

"Adalah logik bahawa dia kini harus bersama kami. Dia masih mempunyai kemajuan untuk dicapai tetapi berpotensi dia mempunyai banyak kualiti."
 

Skuad penuh Perancis:

Alphonse Areola (West Ham United), Mike Maignan (AC Milan), Brice Samba (Lens); Jonathan Clauss (Nice), Wesley Fofana (Chelsea), Theo Hernandez (AC Milan), Ibrahima Konate (Liverpool), Jules Kounde (Barcelona), Ferland Mendy (Real Madrid), William Saliba (Arsenal), Dayot Upamecano (Bayern Munich) ; Youssouf Fofana (AC Milan), N'Golo Kante (Al Ittihad), Manu Kone (Borussia Monchengladbach), Aurelien Tchouameni (Real Madrid), Warren Zaire-Emery (Paris Saint-Germain); Bradley Barcola (Paris Saint-Germain), Ousmane Dembele (Paris Saint-Germain), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Randal Kolo Muani (Paris Saint-Germain), Kylian Mbappe (Real Madrid), Michael Olise (Bayern Munich), Marcus Thuram (Inter Milan).

Advertisement

Must Watch Video