PERANCIS 2 BELGIUM 0
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele, mengiringi kemenangan juara Piala Dunia 2018, Perancis, menewaskan Belgium untuk bangkit daripada kekalahan lalu bertemu Itali dalam saingan Liga Negara-Negara, awal pagi tadi.
Penyerang berusia 23 tahun, Randal Kolo Muani, terlebih dahulu memberikan kelebihan buat tuan rumah dalam separuh masa pertama meskipun The Red Devils melancarkan serangan awal menerusi Dodi Lukebakio dan tunjang utama, Kevin De Bruyne.
Permulaan perlahan skuad kendalian Didier Deschamps tidak mengganggu rentak permainan mereka sebaliknya berjaya menyudahkan peluang untuk memberikan tekanan seimbang buat pasukan lawan.
Les Bleus menoktahkan kemenangan tersebut apabila lorongan daripada N'Golo Kante menemui bekas pemain Barcelona itu untuk menjaringkan gol kedua perlawanan.

?'??? ???????
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) September 9, 2024
Nos Bleus remportent leur 2ème match de la Ligue des Nations face à la Belgique, 2 buts à 0 ✅
??2-0?? | #FRABEL | #FiersdetreBleus pic.twitter.com/vDyIiaYhu6