Skip to main content

Bola Sepak

Liga Negara-Negara: Jaringan minit akhir Cristiano Ronaldo bantu Portugal bangkit atasi Scotland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg

PORTUGAL 2 SCOTLAND 1

Cristiano Ronaldo terus menambah koleksi jaringannya bersama Portugal selepas menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Scotland 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi tadi.  

Pemain berusia 39 tahun bermula di bangku simpanan pada awalnya buat pertama kali sejak aksi di Piala Dunia 2022.

 

Bekas pemain Manchester United, Scott McTominay, terlebih dahulu membuka jaringan seawall minit ketujuh sebelum Bruno Fernandes menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu telah mengumpul 901 jaringan sekali gus memacu Portugal untuk berada di puncak Kumpulan 1 dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video