Canada menempah slot ke final Liga Negara-Negara CONCACAF dengan Jonathan David dan Alphonso Davies menemui sasaran dalam kemenangan 2-0 ke atas Panama sebentar tadi.
Skuad kendalian John Herdman bakal bertemu Amerika Syarikat yang mengatasi Mexico 3-0 di Stadium Allegiant.
Kanada, dalam usaha mendapatkan peningkatan selepas membuat penampilan pertama di pusingan akhir Piala Dunia 1986, menampilkan corak permainan yang cukup bergaya.
David, yang beraksi bersama kelab Ligue 1 Lille, membuka jaringan pada minit ke-25 menewaskan penjaga gol lawan, Orlando Mosquera.
Panama cuba menghadirkan kebangkitan mendapatkan gol penyamaan, percubaan daripada Ismael Diaz kemudian Fidel Escobar ternyata memberikan ujian buat penjaga gol Kanada, Milan Borjan.
Diaz sekali lagi memaksa Borjan menafikan percubaan pada minit ke-57 bagaimanapun Kanada kekal pasukan yang lebih mendominasi terutama ketika melancarkan serangan di bahagian sayap.
Herdman membawa masuk khidmat bek-sayap Bayern Munich, Davies pada minit ke-62 dan hanya memerlukan tujuh minit untuk memastikan kemenangan untuk mara ke final.