Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
Zaki Zainal
November 15, 2024 08:37 MYT
November 15, 2024 08:37 MYT
Itali dan Perancis menempah tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara dengan baki satu perlawanan.
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0 dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Pemain tengah Newcastle itu menjaringkan gol dari jarak enam ela dari hantaran Giovanni di Lorenzo di Brussels.
Belgium menghampiri gol penyamaan dengan tandukan Wout Faes daripada hantaran lintang Leandro Trossard mengenai tiang.
Perancis juga akan bermain di suku akhir pada Mac selepas seri tanpa jaringan dengan Israel.
Les Bleus gagal menjaringkan gol dengan mana-mana daripada 24 peluang terhidang buat mereka dengan penjaga gol Israel Daniel Peretz menafikan lapan percubaan tepat.
Stade de France kurang sesak atas sebab keselamatan yang berkaitan dengan perang Israel-Gaza.
Itali dan Perancis akan bermain pada Ahad dengan tempat teratas bakal menjadi rebutan.