Skuad kendalian Lee Carsley mencari peluang untuk melunas dendam di Athens selepas tewas 2-1 di tangan Greece di Wembley. Keputusan itu menyaksikan England mengatasi lawannya dengan perbezaan jaringan dengan masing-masing sudah mengumpul 12 mata.
What a win that was then! ? pic.twitter.com/KGu8vsKYMa
— England (@England) November 14, 2024
England bermula dengan langkah kalah apabila Noni Madueke memecut di bahagian sayap kanan, mengatasi empat pemain pertahanan sebelum melakukan hantaran mencari Ollie Watkins untuk meledak gol pembukaan pada minit ketujuh.
Jordan Pickford diminta untuk beraksi cemerlang, menafikan percubaan Kostas Tsimikas sebelum mendakap percubaan Fotis Ioannidis dalam separuh masa kedua.
Ketika Jude Bellingham menggegar tiang gol dengan tandukan pada separuh masa kedua, England terpaksa menunggu sehingga minit ke-77 untuk meraikan gol kedua mereka.
Bellingham bertindak sebagai perancang apabila melakukan hantaran buat Morgan Rogers yang membuka langkah di sebelah kiri sebelum melepaskan percubaan yang terkena tiang gol.
Bola itu melantun semula hingga memaksa Odysseas Vlachodimos untuk melakukan jaringan sendiri.
Jones kemudian melengkapkan kemenangan England apabila menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White dan melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos.