Liga Negara-Negara: Itali lakar kemenangan bergaya atasi Perancis

Ammar Hakim
September 6, 2024 07:29 MYT
Itali dibolosi seawal 12 saat namun bangkit mengejutkan Perancis dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara, melakar kemenangan penuh indah di Parc des Princes.
Perancis berjaya mendapatkan jaringan sebaik perlawanan bermula apabila Giovanni Di Lorenzo mengambil masa terlalu lama mengawal bola, membenarkan Bradley Barcola untuk merampas sebelum melepaskan percubaan menembusi gawang yang dikawal Gianluigi Donnarumma.
Itali seharusnya berjaya menyamakan kedudukan lima minit kemudian, namun Davide Frattesi hanya mampu menggegar palang dengan tandukkannya.
The Azzurri akhirnya berjaya mendapatkan jaringan penyamaan selepas 30 minit waktu permainan -- Sandro Tonali melakukan flik melepasi benteng akhir Perancis, hanya untuk Federico Dimarco melepaskan rembatan deras yang gagal diselamatkan Mike Maignan.

1 & 2 - For the 1st time Italy have won at the Parc des Princes, vs France, after three draws and a defeat. Before Dimarco, Frattesi and Raspadori, only 2 Italy players had scored at the Parc des Princes vs France: Del Piero and Casiraghi (1997). Gear.#UEFANationsLeague pic.twitter.com/Lddei4odxu

— OptaPaolo (@OptaPaolo) September 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gol ketiga pelawat terhasil lima minit selepas separuh masa kedua bersambung, kali ini giliran Youssouf Fofana yang melepaskan kawalan bola dengan mudah untuk Frattesi memastikan namanya tercatat selaku penjaring.
Italy bakal berdepan Israel dalam aksi kedua pada Isni, manakala tekanan kini terletak kepada pasukan bimbingan Didier Deschamps yang menerima kunjungan Belgium pada hari yang sama.
#Perancis #Itali #Liga Negara-Negara
;