Jaringan Ronaldo pada minit ke-34 cukup memastikan tiga mata buat Portugal, selepas kapten pasukan itu menanduk masuk hantaran silang Nuno Mendes.
Skuad kendalian Roberto Martinez mendahului dalam tempoh tujuh minit menerusi Diogo Dalot, dan pemain berusia 39 tahun Ronaldo memaksa Dominik Livakovic menafikan percubaannya 15 minit kemudian.
Livakovic kemudian kelihatan tidak terdaya untuk menghalang Ronaldo untuk memberikan gol kedua buat Portugal, dan jaringan sendiri Dalot empat minit sebelum tamat separuh masa pertama menjadi gol tunggal buat Croatia.
???? ????????? ??????? ??? E o melhor? A história ainda não acabou… ?️ #PartilhaAPaixão | #CR900 pic.twitter.com/8HHjttwj4D
— Portugal (@selecaoportugal) September 5, 2024
Portugal, pemenang Liga Negara-Negara edisi 2019, akan kekald i Lisbon untuk menerima kunjungan Scotland pada Ahad manakala Croatia bimbingan Zlatko Dalic akan mencari jalan untuk bangkit berdepan Poland di Osijek.