BOLA SEPAK

Liga M3: Mesin gol 'Balo' teruja Imigresen FC pintas Harini FT

Shaiful Shamsudin 16/09/2023 | 10:37 MYT
Abdul Azim Rahim membuktikan kewibawaannya sebagai mesin gol Imigresen FC.
Selepas mengharungi 19 perlawanan Liga M3 MBSB Bank Championship 2023, 'Balo' sudah pun meledak 22 gol untuk skuad Sang Rimau.
Penyerang berusia 26 tahun itu muncul wira Imigresen dengan meledak dua jaringan peribadi ketika menewaskan Harini FT di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi, untuk gus membantu skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu mencatat kemenangan ke-13 musim ini.
Lebih manis, kejayaan Imigresen itu turut menyaksikan mereka memintas Harini untuk menguasai tangga kedua Liga M3.
"Alhamdulillah kami kutip tiga mata dan menduduki tangga kedua Liga M3.
"Insya-Allah kami hampir capai sasaran ke Liga Super.
"Selagi ada peluang menjaringkan gol, saya akan teruskan mungkin boleh melebihi 30 gol pula.
"Tapi matlamat peribadi 20 gol yang menjadi idaman saya sudah tercapai," katanya.
#Liga M3 #Imigresen FC #Liga M3 MBSB Bank Championship 2023 #Abdul Azim Rahim
;