BOLA SEPAK
Liga M3: Azim gembira bantu Imigresen muncul juara
Sepanjang 2023, pasukan Liga M3, Imigresen FC bukanlah pencabar utama di takhta liga namun rahsia mereka dari awal adalah mengekori rapat sekurang-kurangnya berada di kedudukan tiga terbaik dengan syarat perbezaan mata tidak begitu ketara.
Pecutannya adalah di perlawanan terakhir, penjaring terbanyak musim ini, Azim Rahim, menyedari tugasan yang perlu dilakukan semalamadalah memastikan kemenangan buat pasukannya, sekaligus membawa gelaran bonus untuknya selaku penjaring terbanyak Liga M3 musim ini.
Menerusi 24 jaringan, ia sudah cukup untuk meletakkan Azim selaku penjaring terbaik Liga M3 MBSB Bank Championship 2023.
Iklan
Tanggungjawabnya sudah diingatkan sebelum dia memasuki padang betapa kemenangan semalam amatlah penting.
Dua perkara utama jadi sasaran -- kemenangan bagi melepasi syarat pertama muncul juara dengan berpandukan keputusan aksi di Stadium UPM, di antara Harini FT dan KL Rovers pula bertarung.
Kedua, kejuaraan akan menjadi lebih manis dengan Azim dinobat penjaring terbaik musim ini.
Kejutan dalam perlawanan akhir membuktikan juara juga mampu bersembunyi selagi peluang terhidang tidak dibiar begitu sahaja.
Pasukan Imigresen membuktikan, tiada apa yang mustahil. Dengan piala kejuaraan diputuskan berada di Stadium UPM pada Sabtu, tiada apa yang mampu menghalang mereka walaupun kelebihan asal bukan milik mereka.
Must-Watch Video