Penganjur kancah tempatan itu memaklumkan penjadualan itu dibuat setelah mengambil kira komitmen pemain skuad kebangsaan yang akan menghadapi pusingan akhir Piala Asia di Qatar bulan depan disusuli Kelayakan Piala Dunia 2026 selain skuad B-23 negara yang berjuang dalam kempen di peringkat serupa pada April 2024.
Tarikh-tarikh bagi sepak mula Liga Malaysia 2024/25!#DemiLigaKita pic.twitter.com/uh7uNiZTer
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 22, 2023
Ia juga memberi ruang kepada Sabah FC untuk membuat persiapan mengharungi perlawanan separuh akhir Piala AFC zon ASEAN (Februari depan).
Justeru, tarikh pendaftaran pertama pemain dibuka dari 3 Februari hingga 26 April 2024 menjelang perlawanan pertama Liga Super yang juga berlangsung pada minggu sama Piala Sultan Ahmad Shah dipertandingkan, iaitu 3 Mei dan bakal melabuhkan tirainya pada April 2025.
Sepak mula Piala FA pula ditetapkan pada 7 Mei dan dijangka mencapai kemuncaknya pada 24 Ogos depan.
Selepas itu, kejohanan tertua di Asia, Piala Malaysia, bermula dari 18 Oktober dengan perlawanan akhir dijadual pada 26 April 2025 -- enam hari selepas kempen Liga Super berakhir.
Piala Cabaran MFL diadakan sebulan lebih awal dan berakhir 22 Februari 2025.
Penganjur juga menetapkan saingan Piala MFL berlangsung pada 13 Mei.