Skip to main content

Bola Sepak

Liga K1: Bekas pemain Selangor, Man United bergabung lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

seoul-fc.jpg
Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard, membantu pasukannya, Seoul FC merekodkan kemenangan dalam aksi Liga K1 menentang Anyang 2-1.

Lingard memasuki musim kedua di kelab Korea Selatan itu dan membuka akaun jaringan dalam perlawanan liga kedua mereka, meraih gol pertama kemenangan 2-1.

Bekas pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol sejurus selepas separuh masa dan meraikannya di hadapan penyokong tuan rumah.
 

Lingard dinamakan kapten FC Seoul bagi musim baharu, dan pemain berusia 32 tahun itu baru-baru ini meluahkan tentang perasaannya seperti di rumah sendiri di Korea Selatan dan dapat berasakan keyakinan kembali dalam permainannya.

Bekas pemain Selangor, Yazan Al-Arab turut berkhidmat bersama Seoul FC menyaksikan pasukannya mengekalkan kelebihan untuk memastikan kemenangan.

Selepas dua perlawanan, Seoul menghuni tangga kesembilan, merekodkan satu kemenangan dan satu tewas.

Advertisement

Must Watch Video