BOLA SEPAK

Liga Juara-Juara Asia: Paulinho beri bekalan selesa buat Guangzhou Evergrande

Astro Arena 24/05/2017 | 02:14 MYT
Pemain Brazil, Paulinho, menjaringkan gol tunggal pada minit ke-75 untuk memberikan kemenangan buat Guangzhou Evergrande dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia 2017 menentang Kashima Antlers.
Perlawanan seakan-akan tamat tanpa sebarang jaringan sebelum sepakan penjuru Yu Hanchao disudahkan oleh Paulinho dari jarak dekat.
Sementara itu, Kawasaki Frontale dan Al-Hilal masing-masing turut membawa bekalan selesa dari tempat lawan menjelang perlawanan timbal-balik pada minggu hadapan, selepas menewaskan Muangthong United dan Esteghlal Khuzestan.
Dalam perlawanan lain, Persepolis terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 di tempat sendiri dalam perlawanan menentang Lekhwiya.
#José Paulo Bezerra Maciel Júnior (Paulinho)
;