Skip to main content

Bola Sepak

Liga Juara-Juara Asia: Esteban Solari tetap turunkan barisan terbaik JDT petang ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman.jpg
Esteban Solari nampaknya tidak melihat perlawanan terakhirnya menentang BG Pathum United dalam kancah Liga Juara-Juara Asia hanya untuk melengkapkan jadual, sebaliknya tetap menurunkan  kesebelasan terbaik yang dimiliki oleh Johor Darul Ta'zim.

Bergson Da Silva, Arif Aiman, Heberty akan tetap bergandingan dalam aksi di SSI berdepan dengan kelab dari Thailand itu pada perlawanan yang dijadualkan akan berlangsung jam 6.00 petang ini.

Akhyar Rashid dan Forestieri nampaknya akan tetap menjadi 'SuperSub' selain Nazmi Faiz dan Syafiq Ahmad sebagai nafas tambahan JDT hari ini.

Sementara Sarach Yooyen nampaknya mahu mengotakan janjinya pada sidang media semalam untuk membawa pulang samada satu atau tiga mata dari SSI ke Thailand dalam apa jua keadaan bertemu Juara Piala Malaysia 2023 itu.

Bakal bergandingan dengan Chaowat Veerachart di bahagian tengah, gandingan ini sebenarnya cukup mantap untuk menentukan corak permainan Pathum dalam aksi 90 minit perlawanan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video