Monterrey meraih kejuaraan kelima Liga Juara-JUara CONCACAF selepas menewaskan seteru Mexico, Club America, 1-0 dalam final hari ini.
Rogelio Funes Mori muncul wira kemenangan Monterrey, di mana jaringan tunggal pemain kebangsaan Mexico itu pada minit kesembilan sudah cukup untuk menjadi pemisah dalam penentuan di Estadio BBVA, Guadalupe.
Pertahanan America, Sebastian Caceres, gagal mengawal bola di kawasan penalti untuk memberikan Mori dan Monterrey jaringan pembukaan pada awal permainan.
Bekas pemain Tottenham, Victor Janssen, hampir menggandakan kelebihan Montterey pada 10 minit terakhir selepas menewaskan penjaga gol, Guilermo Ochoa, tetapi percubaannya dikeluarkan di atas garisan gol.
? ¡GOL de @Rayados! ⚽️
— Scotiabank Concacaf Champions League (@TheChampions) October 29, 2021
¡Rogelio Funes Mori anota el primer gol del partido! ¡1-0 favor Monterrey! | #SCCL21 pic.twitter.com/6r5Ccy5qAT
15 minit masa kecederaan diberikan pengadil dan America hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-101 dengan percubaan Federico Vinas menggegarkan palang gol.
Monterrey, bagaimanapun, mempertahankan kelebihan mereka untuk menjulang trofi kejohanan itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
??? ¡I N C R E Í B L E! ???
— Scotiabank Concacaf Champions League (@TheChampions) October 29, 2021
¡Qué cerca tuvo el empate @ClubAmerica!
?#SCCL21 pic.twitter.com/pGBCDtTN23