Skip to main content

Bola Sepak

Liga FAS buka slot untuk pemain liga atasan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liga-fas.jpg
Demi kelangsungan hidup pemain bola sepak tempatan, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil langkah proaktif dengan membuka ruang kepada pemain liga atasan untuk beraksi dalam Liga FAS.

Langkah ini bukan sahaja memberi peluang kepada pemain-pemain berpengalaman meneruskan karier, malah turut membantu mereka memperoleh sumber pendapatan ketika berdepan cabaran dalam situasi tidak menentu.

"Liga ini turut membuka ruang kepada pemain amatur untuk menjana pendapatan sampingan," kata Naib Presiden FAS, Datuk DR PS Sugumaran.

Kelonggaran yang diberikan itu selaras dengan usaha FAS untuk memastikan tiada bakat yang tersisih serta memberi laluan kepada pemain untuk terus aktif dan menyumbang kepada pembangunan bola sepak tempatan.

Penyertaan pemain liga atasan ini juga meningkatkan mutu saingan Liga FAS serta memberi manfaat kepada pemain-pemain muda untuk menimba pengalaman dan ilmu daripada mereka.

"Kehadiran pemain liga atasan mampu meningkatkan taraf permainan cuma malangnya tiada tempat untuk mereka beraksi. 





"Pemain muda dapat belajar dengan mereka, kami dapat wujudkan satu ekosistem yang lebih baik," jelas Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil Ismail.
 
Pemain Liga Malaysia yang mewarnai Liga FAS antaranya Raja Imran, Sunil Chandran, Asmawi Yakin, D. Kugan, K. Kannan dan Nasriq Baharom.

"Liga FAS juga membantu pemain-pemain yang tidak mendapat gaji untuk menjana pendapatan. 

"Jadual perlawanannya juga lancar, secara tidak langsung membantu pemain-pemain untuk membina stamina," kata pertahanan NPNG, Nasriq.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video