UEL
Liga Europa: Tottenham kini telah cipta sejarah -- Guglielmo Vicario
Penjaga gol Tottenham, Guglielmo Vicario, berkata kelab itu telah ‘mencipta sejarah’ selepas memenangi Liga Europa musim ini.
Pasukan kendalian Ange Postecoglou menamatkan penantian 17 tahun untuk trofi utama selepas menewaskan Manchester United 1-0 di Stadium San Mames sebentar tadi.
Spurs telah tewas empat perlawanan akhir utama sebelum ini tanpa menjaringkan gol, tetapi menghasilkan persembahan penuh berdisiplin untuk menamatkan kemarau mereka.
Iklan
Ia adalah perlawanan akhir yang kurang kualiti, dengan Manchester United menguasai bola (73 peratus) tetapi kurang klinikal. Brennan Johnson meledak gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama.
Micky van de Ven menafikan percubaan Rasmus Hojlund, manakala Vicario turut beraksi cemerlang menafikan tandukan Luke Shaw dalam masa kecederaan.
Spurs memperoleh trofi untuk menamatkan musim panas dengan cemerlang, serta layak ke secara automatik ke Liga Juara-Juara selaku pemenang Liga Europa.
Ia merupakan trofi Eropah pertama untuk warga London Utara dalam tempoh 41 tahun.
Bercakap kepada TNT Sports, Vicario berkata skuad itu telah menulis nama mereka dalam sejarah kelab, "Ia sukar dipercayai. Kami telah menulis sejarah, pasukan mencipta sejarah."
Must-Watch Video