UEL
Liga Europa: Spurs akhiri penantian 17 tahun kemarau gelaran
Tottenham menewaskan Manchester United 1-0 untuk memenangi aksi final Liga Europa dan kejuaraan eropah pertama lebih dari empat dekad, sebentar tadi.
Ini merupakan gelaran pertama buat Tottenham sejak memenangi Piala Liga Inggeris pada 2008, dan kejuaraan Eropah pertama sejak 1984, kali terakhir mereka memenangi Piala UEFA.
Brennan Johnson menyumbat masuk gol pada penghujung separuh masa pertama untuk membantu Spurs menyelamatkan musim di mana mereka hampir menamatkan saingan di kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris.
Iklan
Gelaran itu menjamin Spurs mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan, dan membawa kelegaan yang amat diperlukan untuk jurulatih Ange Postecoglou selepas dia bergelut untuk memastikan pasukannya berada di landasan yang betul sepanjang musim.
Kemenangan itu datang enam tahun selepas Tottenham gagal menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
Kekalahan The Red Devils pula menambah tekanan kepada jurulatih United, Ruben Amorim, yang pasukannya berada di tangga ke-16 EPL. Kelab itu tidak akan bermain dalam mana-mana pertandingan Eropah musim depan.
Must-Watch Video