Skip to main content

Bola Sepak

Liga Europa: Moyes pertahan rombakan punca rekod 18 perlawanan West Ham lebur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

west-ham.jpg
OLYMPIACOS 2 WEST HAM 1

David Moyes mempertahankan pemilihan pasukannya selepas rekod tanpa kalah West Ham dalam Liga Europa berakhir di Athens.


The Hammers dibayangi prestasi sebenar di Acropolis apabila tumbang 1-2 di Olympiacos untuk kekalahan pertama mereka dalam pertandingan benua itu dalam 18 perlawanan.

Moyes -- yang mengetuai pasukannya merangkul kejuaraan Liga Persidangan Europa musim lalu -- membuat tujuh pertukaran untuk pertembungan Kumpulan A di ibu negara Greece itu, awal pagi tadi, dengan tumpuan utama adalah kunjungan ke Everton, Ahad ini. 

Begitupun, percaturan mereka memakan diri apabila dihukum ketua pasukan Olympiacos, Kostas Fortounis, dan jaringan sendiri kapten Hammers, Angelo Ogbonna, sekali gus meleburkan rentak tanpa kalah mereka walaupun rembatan voli Lucas Paqueta cuba menghidupkan sisa perjungan mereka. 

“Lihat, kami membuat banyak pertukaran pada malam ini, kami mempunyai perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk dihadapi selain aksi Piala Liga Inggeris minggu depan dan kami sudah memenangi dua perlawanan awal peringkat kumpulan, ia memberi kami kelonggaran untuk membuat perubahan,” kata Moyes kepada whufc.com.


 

“Namun, saya mungkin perlu menyedari bahawa walaupun kami tidak mampu memenangi perlawanan Liga Persidangan Eropah ini dengan mudah kerana kesemuanya merupakan perlawanan yang sukar, datang ke Olympiacos selepas menang di Freiburg bukanlah satu keputusan dan persembahan yang baik.

"Di dalam fikiran kami, sudah pasti kami mempunyai gambaran yang lebih besar untuk perlawanan hujung minggu ini. 

“Saya tidak fikir sesiapa pun boleh mengatakan kesebelasan yang diturunkan malam ini bukanlah sebuah pasukan yang bagus -- tidak mampu menang atau beraksi dengan baik. 

“Selama ini ramai daripada mereka telah menjadi pemain yang sangat bagus buat kami dan masih begitu.”

Advertisement

Must Watch Video