UEL
Liga Europa: Liverpool ke Brussels bersandarkan barisan kedua
Liverpool berkunjung ke Belgium dengan hanya 12 pemain senior untuk menghadapi perlawanan Liga Europa menentang Union Saint-Gilloise, awal pagi esok.
Dengan Manchester United akan bertandang ke Anfield pada tengah malam Isnin depan, ia mnedorong pengurus The Reds, Jurgen Klopp, untuk merehatkan Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah yang membantu kemenangan ke atas Crystal Palace, hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, dia mengekalkan khidmat tonggak seperti Darwin Nunez, Luis Diaz, Cody Gakpo, Dominik Szoboszlai dan Ryan Gravenberch, Ben Doak sementara Jarell Quansah yang berusia 20 tahun dan sudah membuat 12 penampilan musim ini turut tersenarai.
Begitu juga dengan penjaga gol pilihan kedua, Caoimhin Kelleher.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini bermakna terdapat 10 pemain muda yang berumur di antara 18 dan 21 tahun akan menjadi pertaruhannya di Brussels yang menyaksikan Lewis Koumas, iaitu anak kepada bekas pemain tengah West Brom, Jason, telah membuat sekurang-kurangnya satu penampilan.
Khidmat Kaide Gordon yang berusia 19 tahun juga tersenarai sesudah diberi kepercayaan sebanyak empat kali pada 2020-21 tetapi telah terlepas sebahagian besar 18 bulan terakhir akibat kecederaan.