GIRONA 0 BARCELONA 1
Ousmane Dembele dijangka terlepas perlawanan penting untuk memperkuatkan Barcelona selepas mengalami kecederaan paha dalam kemenangan LaLiga ke atas Girona, awal pagi tadi.
Pemain sayap Perancis itu, yang disifatkan oleh pengurus, Xavi Hernandez, sebagai tunjang utama Barcelona dalam situasi satu lawan satu mungkin bergelut untuk kembali tepat pada masanya sempena pertemuan pertama play-off Liga Europa menentang Manchester United yang bakal berlangsung di Camp Nou pada 17 Februari depan.
Barcelona masih belum dapat menganggarkan berapa lama Dembele akan tersisih tetapi laporan tempatan mencadangkan dia mungkin terlepas beraksi selama tiga minggu.
Kecederaan itu menyentak kemenangan kelapan dalam sembilan perlawanan LaLiga Barcelona apabila pengganti Dembele dari bangku simpanan, Pedri, menjaringkan gol tunggal.
Dembele terpaksa dikeluarkan selepas 26 minit permainan dan sempat menerima rawatan sebelum pelawat memulakan perjalanan singkat mereka untuk pulang.
Barcelona kemudian mengumumkan di laman sesawang mereka: "Ujian ke atas Ousmane Dembele petang ini mendedahkan bahawa dia telah mengalami ketegangan otot rektus femoris di paha kirinya. Ini bermakna dia perlu diketepikan hingga dia pulih daripada kecederaan."
Xavi mengulas mengenai kepincangan baru yang bakal dihadapinya itu: "Malang sekali memandangkan dia merupakan tonggak penting buat kami."
Dembele meledak lapan gol selain menghasilkan tujuh bantuan jaringan untuk Barcelona musim ini.
Barcelona akan menentang Real Betis, Sevilla dan Villarreal dalam aksi LaLiga sebelum berentap dengan United.

LATEST NEWS | Tests carried out this evening on Ousmane Dembélé have shown that he has a rectus femoris injury in his left thigh. He is out and his recovery will determine his availability. pic.twitter.com/hG8WskAla3
— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 28, 2023