Ten Hag berdepan salah seorang bekas pengurus di Old Trafford, awal pagi esok, apabila United melawat Fenerbahce Mourinho dalam Liga Europa.
Pengurus United semasa itu berdepan tekanan hebat berikutan permulaan yang sukar musim ini, sekalipun masih menghadiahkan trofi dalam setiap dua musim pertamanya di England.
Ia adalah trofi pertama The Red Devils sejak Mourinho menggalas peranan itu dengan pengurus berbangsa Portugis tersebut meninggalkan Manchester pada 2018 sebelum mengendalikan Tottenham, Roma dan kini Fenerbahce.
Fener sedang menduduki tangga keempat Super Lig Turki, lapan mata di belakang pendahulu sambil berkelebihan satu perlawanan.
Begitupun, Ten Hag mengakui menaruh kepercayaan terhadap keupayaannya Mourinho, sama seperti dia percaya dengan dirinya sendiri dalam usaha mengubah nasib United.
“Mourinho dan saya, kami memenangi banyak trofi tahun lalu tetapi saban tahun kami masih perlu membuktikan diri sendiri,” kata pengurus Belanda itu.
Istanbul is calling ???#MUFC || #UEL pic.twitter.com/jCtc3iAiPd
— Manchester United (@ManUtd) October 22, 2024
“Apabila kami tidak menang, kami sentiasa dikritik.
"Kami tahu bahawa kami cukup berpengalaman. Bola sepak profesional adalah tentang memenangi perlawanan dan apabila anda tidak menang, kritikan akan datang.
"Tetapi di penghujung harinya, ia adalah tentang di mana kedudukan anda.
“Mourinho cukup berpengalaman, dia akan memacu pasukannya ke prestasi terbaik, dia akan berjaya dan begitu juga kami.
"Kami yakin kami meniti di landasan yang betul, kami mengikuti jalan yang tepat dan kami akan mencapai sasaran."