Liga Europa: Cody Gakpo dalam perancangan Liverpool hadapi Toulouse

Shaiful Shamsudin
Oktober 26, 2023 09:35 MYT
Cody Gakpo kembali tersenarai apabila Liverpool membuat perhitungan dengan Toulouse dalam Liga Europa, awal pagi esok.
Penyerang Belanda itu mengalami kecederaan lutut dalam kekalahan 1-2 kepada Tottenham di penghujung bulan lalu dan selepas kembali berlatih untuk menghadapi kemenangan 'derby' 2-0 ke atas Everton pada hujung minggu, Gakpo kini tersedia untuk dipertaruhkan, kata Jurgen Klopp.
Andy Robertson pula selesai menjalani pembedahan bahu selepas tercedera ketika menjalani tugasan antarabangsa bersama Scotland, tetapi berdepan tempoh pemulihan yang lebih panjang.
“Robbo baru sahaja menjalani pembedahan dan segalanya berjalan lancar, jadi pemulihannya akan bermula sebaik dia bangkit,” kata pengurus itu.
“Saya rasa ia berlangsung pagi ini. Kami tidak tahu berapa lama ia akan mengambil masa berapa lama untuk sembuh tetapi langkah pertama telah dilakukan, itu bagus.
“Cody sudah mula menjalani latihan penuh sejak Ahad lalu dan ini bermakna dia bersedia untuk diturunkan.

Jürgen Klopp has revealed that Cody Gakpo is ready and available for selection ahead of tomorrow's meeting with Toulouse in the #UEL ⤵️

— Liverpool FC (@LFC) October 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apa sahaja yang tindakan yang kami, kami perlu menilainya tetapi ini satu perkembangan yang bagus."
Klopp membayangkan mahu merombak skuadnya untuk kunjungan ke Toulouse tetapi dengan perebutan di puncak Kumpulan E masih terbuka, dia enggan mengambil mudah.
“Toulouse berhak dihormati,” katanya.
“Mereka mempunyai cerita yang sangat menarik. Mereka memenangi Piala Perancis tahun lepas merupakan pencapaian yang besar.
"Mereka sebuah pasukan muda, berbakat, mereka beraksi dengan sangat bagus dan mereka mempunyai idea yang jelas."
#Liverpool #Toulouse #Liga Europa #Cody Gakpo
;