Skip to main content

Bola Sepak

Liga Bola Sepak KPM: SSBJ menang tipis atasi SMK Shah Alam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssbj.jpg
Skuad teras Akademi Zon Tengah NFDP iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) turun menentang wakil tuan rumah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam yang mewakili Akademi Kelab Bola Sepak Selangor.

Perlawanan bagi saingan Liga Kementerian Pendidikan (KPM) Malaysia itu menyaksikan pertembungan sengit antara kedua-dua Akademi Elit B-14 itu di Padang Sintetik MBSA Seksyen 19, Shah Alam itu sebentar tadi.

Malah, kemenangan tipis berpihak kepada SSBJ 1-0 hasil jaringan Muhammad Syafizal Ikmal pada minit ke-12.

Aksi sejak sepak mula itu bermula dengan tempo perlawanan sedikit perlahan dengan penguasaan bola berpihak buat SSBJ hingga kelebihan awal dinoktahkan oleh Syafizal hasil hantaran lintang ke dalam kotak penalty yang disempurnakannya.

Begitupun, SMK Shah Alam kembali menemui rentak permainan selepas jaringan itu dan perlawanan berterusan dengan seimbang antara kedua-dua pasukan.






Dalam penghujung separuh masa pertama, wakil tuan rumah memperoleh dua peluang untuk menyamakan kedudukan - Satu menerusi sepakan percuma dan satu lagi daripada situasi satu bertemu satu dengan penjaga gol SSBJ- namun peluang itu gagal disempurnakan dengan baik untuk menutup babak pertama SSBJ mendahului 1-0.

Meskipn intensiti perlawanan berubah dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mendapatkan jaringan. Namun, tiada gol terhasil dan keputusan 1-0 kekal sehingga ke tiupan wisel penamat dibunyikan.

"Tahniah Selangor berikan saingan terbaik, apa yang kami rancang dapat diterjemahkan di atas padang tadi. Apabila bertahan perlu lebih terperinci dan transisi ketika menyerang itu lebih lebih laju.

"Selepas sesi pemulihan kami akan mula berlatih semula." kata jurulatuh SSBJ, Shaun Scully.

Advertisement

Must Watch Video