BOLA SEPAK

Liga Bola Sepak KPM: SMK Mutiara Impian raih mata penuh dalam aksi sulung

Shaiful Shamsudin 09/07/2023 | 10:47 MYT
Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian meraikan kemenangan sulung saingan Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) musim 2023.
SMK Mutiara Impian mengutip tiga mata dalam perlawanan pembuka tirai di laman sendiri selepas menewaskan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman 1-0 menerusi jaringan Muhammad Danish Dahlan.
Keputusan itu secara tidak langsung menandakan permulaan baik dalam perjalanan mereka menuju ke sasaran melepasi peringkat separuh akhir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masih ada kekurangan lagi dan perjalanan kami masih jauh lagi.
"Kami perlu terus tingkatkan persembahan," kata ketua jurulatih SMK Mutiara Impian, Faqhri Sobri.
Sementara itu, ketua jurulatih SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Hafiz Husin, pula menganggap barisan pemainya menguasai perlawanan keseluruhan tetapi tumpul di bahagian serangan.
"Kami sasarkan sekurang-kurangnya empat teratas tetapi walaupun tidak memungut mata untuk aksi permulaan tapi masih banyak lagi perlawanan," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman pula menganggap barisan pemainya menguasai perlawanan keseluruhan tetapi tumpul di bahagian serangan.
Turut hadir dalam aksi pembuka tirai itu ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang berkongsi mengenai peruntukan dana bagi penambahbaikan kemudahan di seluruh sekolah sukan negeri di Malaysia.
"Sekolah ini antara sekolah yang paling banyak melahirkan atlet jadi ada tumpuan khusus (diberikan).
"Ke hadapan, kami juga sudah umumkan kelmarin bahawa ada satu lagi untuk pembangunan anak-anak berkeperluan khas," ujarnya.
#KPM #Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan Malaysia
;