Skip to main content

Bola Sepak

Liga Bola Sepak KPM B-14: SMK Shah Alam bawa misi akar umbi Gergasi Merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pembantu-jurulatih-smk-shah-alam-al-fateh.jpg
Projek Liga Bola Sepak KPM B-14 yang baru sahaja menanamkan visi dan misi yang jelas untuk membawa naik bakat di Lembah Klang ke tahap yang lebih tinggi.

Ia menjadi teras kepada Sekolah Menengah (SMK) Shah Alam yang juga merupakan program Akademi Selangor FC yang berusia tujuh bulan.

Beraksi dengan hampir 100 peratus barisan pemain berusia 13 tahun, di tambah lagi dengan saiz tubuh yang kecil berbanding pihak lawan yang lebih berusia bukanlah alasan untuk mereka memberikan saingan.

"Jurulatih perlu hadapinya dengan baik. 

"Tak perlu bercakap berpesan tentang saiz bahawa mereka perlu berhati-hati.

"(Sebaliknya) mereka perlu dominan, yakin. 

"Mereka perlu tahu ini adalah projek jangka masa panjang," kata pembantu jurulatih Akademi Selangor, Muhamad Al-Fateh.

Al-Fateh juga menyifatkan hasil usaha ini tidak mungkin dapat dituai dalam masa setahun dua, sekurang-kurangnya lima tahun masa yang diperlukan untuk sesebuah pembangunan itu membuahkan hasilnya.

"Kami akan pergi satu demi satu.

"Barisan kejurulatihan pula perlu memastikan peningkatan prestasi sama ada di tahap satu atau dua. 

"Peningkatan paling penting dan permainan perlu mempunyai semangat juang yang tinggi," katanya lagi. 

SMK Shah Alam menumpaskan SMK Seri Kota yang juga Sekolah Sukan Negeri Melaka dengan keputusan 4-3 hasil daripada perlawanan hangat hingga terjadinya drama jaringan pada minit akhir untuk memberi tiga mata pertama dalam kempen ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video