Sekolah Sukan Selangor, SMK Seksyen 11 menyerlah dalam saingan Liga Bola Sepak Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) 2025 selepas menewaskan Sekolah Sukan Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian 2-1, di Subang Jaya, hari ini.
Permainan seimbang sejak sepak mula, namun penyerang SMK Seksyen 11, Syed Shahir Aidil Syed Zahabi, membuka tirai jaringan pada minit ke-13 sebelum menggandakan kelebihan mereka 7 minit kemudian.
Walaupun SMK Mutiara Ompian cuba bangkit dalam separuh masa kedua menerusi jaringan Muhammad Fariz Abdullah, masih belum cukup ampuh untuk mereka menambah jaringan dan mengatasi wakil negeri Selangor itu.
Menurut jurulatih SMK Seksyen 11, Lafizulnizam Abdul Latip, pertukaran taktikal terpaksa dilakukan dalam babak kedua perlawanan bagi mengubah rentak permainan pasukannya yang dilihat sudah kepenatan.
"Isu utama adalah kita perlu perkukuhkan aspek kecergasan lamperlawanan berintensiti tinggi ini. Secara keseluruhan mereka mengikut arahan dengan baik cuma ada masalah kecergasan.
"Kami akan berikan tugasan agar kecergasan mereka terjaga. Kami juga ada sesi perlawanan persahabatan jika ada masa rehat yang panjang," katanya.
Syed Shahir Aidil pula berkongsikan bahawa kemenangan yang diperoleh itu merupakan hasil kerjasama pasukan yang bijak mengambil peluang daripada kelemahan benteng pertahanan lawan.
"Mungkin saya perlu perbaiki aspek kecergasan dengan lebih baik." tambahnya.

Liga Bola Sepak KPM 2025
— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) June 28, 2025
SMK Seksyen 11 (Sekolah Sukan Selangor) tundukkan wakil Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian 2-1 di laman sendiri.
More on Nadi Weekend.@ASTROARENA pic.twitter.com/vR1h5I1qSo