Skip to main content

Bola Sepak

Liga Argentina: Pemain sayap Harimau Malaya kembali dalam kesebelasan utama bantu kemenangan Velez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imanol-machuca.jpg
Pemain sayap Harimau Malaya, Imanol Machuca, kembali dalam kesebelasan utama Velez Sarsfield ketika menewaskan Independiente 2-1 dalam perlawanan Primera Division Argentina sebentar tadi.

Machuca dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Velez terikat 0-0 di laman Fortaleza dalam saingan Copa Libertadores pada Rabu lalu tetapi kali ini, dia bermain sejak dari wisel permulaan sebelum dikeluarkan pada minit ke-89.

Dalam perlawanan itu, Dilan Gody dan Braian Romero muncul penjaring gol Velez menerusi sepakan penalti, masing-masing pada minit ke-35 dan 84.

Independiente, yang beraksi dengan 10 pemain selepas Kevin Lomonaci dilayangkan kad merah pada minit ke-32, berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-76 hasil sepakan penalti Felipe Layola tetapi akur terpaksa pulang tanpa sebarang mata.

Machuca bersama Velez seterusnya akan melayani kunjungan Fortaleza di laman mereka bagi aksi timbal balik pusingan 16 Copa Libertadores pada Rabu ini.

 

Advertisement

Must Watch Video