Skip to main content

Bola Sepak

Liga A2: YPM garang buka kempen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ypm-liga-a2.jpg
Kelab yang berpangkalan di Kuantan, Pahang, Yayasan Pahang Maintenance (YPM), unggul membuka kempen Liga A1 Semi-Pro dengan menyasasi AZM Rovers 2-0, malam ini. 

YPM yang ditunjangi bekas pemain sayap kebangsaan, Azamuddin Akil, lebih menguasai pertembungan di Stadium Darul Makmur itu.

Selepas beberapa asakan berbahaya, tuan rumah lega apabila gawang naib juara Liga A3 musim lalu itu dirobek oleh Danish Hazami -- tujuh minit menuju waktu rehat. 




Dan AZM Rovers kian menderita melalui penyudah Nasurullah Zaki pada awal separuh masa kedua. 

Meskipun cuba mengurangkan defisit, namun ketumpulan penyudah menyebabkan anak buah Khairuzal Azmie pulang dengan tangan kosong. 

 

Advertisement

Must Watch Video