BOLA SEPAK
Liga A2 Piala Al-Ikhsan 2024: Guar Syed Alwi muncul juara benam Kelantan WTS
Guar Syed Alwi (GSA) muncul juara Liga A2 Piala Al-Ikhsan 2024 selepas menewaskan Kelantan WTS menerusi penentuan penalti di di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, semalam.
Gol pertama dijaringkan penyerang Kelantan WTS, Fakhrul Zaman, selepas bijak meletakkan dirinya di posisi terbaik sebelum merembat kencang bola ke dalam gawang.
Namun, kelebihan itu tidak lama selepas GSA kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti untuk menutup separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Mimpi ngeri menhantui pasukan GSA dalam babak kedua buat selepas pemain gantian mereka, Muhammad Arif Nazdman menjaringkan gol sendiri untuk meletakkan Kelantan mendahului dihadapan buat kali pertama.
"Bola sepak ini kadang-kadang kejam, bila sampai ke penentuan sepakan penalti apa-apa boleh terjadi. Saya berterima kasih kepada pasukan saya kerana mara hingga ke tahap ini." kata ketua jurulatih Kelantan WTS, Che Saufi Harun.
Bagitupun, rakan sepasukannya, Mohd Muhaimin Shahab, menyelamatkan keadaan apabila menjaringkan gol kedua GSA dalam minit akhir untuk memaksa perlawanan ke masa tambahan sebelum mengungguli penentuan penalti dengan kemenangan 4-2.
"Saya nak ucap tahniah buat semua pemain berjuang habis-habisan dalam 120 minit dengan aksi yang rancak. Kedua-dua pasukan beri permainan yang berkualiti." tambah pengendali GSA, Ibrahim Harun.