Penaung Persatuan Bola Sepak KL Rangers, Nik Nazmi Nik Ahmad, mendedahkan kelab Lembah Klang itu sudah bersedia untuk bersaing dalam liga yang lebih kompetitif dengan mengesahkan keberadaan dalam saingan Liga A2 musim depan.
Namun, tiada istilah kenaikan mendadak ke Liga A1 pada musim berikutnya dengan keutamaan adalah memastikan KL Rangers kekal relavan untuk skuad Warga Kota selain mahu mengamalkan perbelanjaan yang setara dengan kemampuan pasukan.
"Secara realistik, kami nak pastikan kelab ini bertahan terlebih dahulu.
"Apa jua komitmen terutama kewangan dapat langsai untuk bersaing pada tahun depan," katanya di Nadi Weekend.
Dengan statusnya yang tidak menjawat sebarang jawatan penting di kabinet berkuatkuasa 4 Julai depan, Nik Nazmi yakin hal itu tidak menjadi halangan untuknya terus memastikan kelangsungan bersama penaja yang memilih untuk menyokong KL Rangers musim depan.
"Saya yakin orang lain dapat tengok rekod kelab ini yang bermula sebagai Setiawangsa Rangers sejak 2018 sejak saya menjadi ahli parlimen biasa.
"Tidak lama lagi saya tidak akan jadi menteri lagi tapi itu kerjaya saya.
"Saya tidak dinafikan akan orang yang pandang (pertikai) tapi orang juga akan pandang KL Rangers adalah sebuah kelab yang mempunyai kekuatan tersendiri.
"Kami tidak buat lagi berminat buat CSR (tanggungjawab sosial korporat) semata-mata," katanya.