Skip to main content

Bola Sepak

Liga A2: Baru aksi pertama tapi dapat menang percuma sebab lawan tak cukup pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rovers.jpg
Perlawanan pembukaan Liga A2 zon Pantai Timur menyaksikan Kuantan City meraih kemenangan percuma 3-0 selepas tuan rumah gagal, Kuala Lumpur (KL) Rovers menyediakan pasukan lengkap di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian Liga Bolasepak Amatur (AFL) keputusan itu dibuat selepas KL Rovers tidak mempunyai bilangan pemain yang mencukupi untuk memulakan perlawanan.

Perkara itu menimbulkan persoalan peminat tatkala saingan liga baru sahaja bermula, namun permasalahan sudah berlaku. 




Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi daripada kelab tersebut termasuk pihak penganjur. 

Apakah bakal ada tindakan terhadap KL Rovers?

Untuk rekod, skuad yang berpangkalan di Ibu Kota itu tersingkir daripada Liga A1 Semi-Pro susulan menduduki tangga tercorot musim lalu. 
 

Advertisement

Must Watch Video