Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1: Wan Syamil curi tumpuan pemain tempatan tunggal wakili Seoul Phoenix

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-syamil-seoul-phoenix.jpg
Di sebalik kemenangan tipis 1-0 Seoul Phoenix ke atas Manjung City dalam saingan Liga A1 Semi-pro si Sepang semalam, tumpuan terarah kepada satu-satunya pemain dari Malaysia, Wan Syamil Sulaiman, yang turun beraksi dalam kesebelasan utama kelab dari Korea Selatan itu.

Biarpun dibayangi rata-rata pemain Korea Selatan, kelibat dan sumbangan Wan Syamil selaku arkitek tengah sangat ditagih pasukan itu.

Mengkui berbeza daripada segi pertuturan, ia tidak menjadi penghalangnya untuk mencipta keserasian sewaktu diturunkan.

"Daripada segi komunikasi, tipulah kalau saya katakan ia sama seperti pasukan tempatan kerana mereka memang membesar dan berasal dari sana (Korea Selatan), jadi Bahasa Inggeris bukan bahasa utama mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Masalah komunikasi ada tetapi bola sepak sukan visual, jadi kami lebih banyak menggunakan visual di samping ada pemain yang sedikit-sebanyak boleh berbahasa Inggeris.

"Saya juga kini sudah sedikit demi sedikit boleh berbahasa Korea," katanya.


 

Advertisement

Must Watch Video