Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1: UM Damansara terima sentuhan pemain berdarah Malaysia-England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cassie.jpg
Pemain berdarah Malaysia-England, Anuar Ceesay, akan memperkuatkan Universiti Malaya (UM) Damansara bagi menghadapi kempen Liga A1 Semi-Pro 2025/26.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini beraksi buat pasukan Leatherhead yang berpangkalan di Surrey, England.

Untuk rekod, Ceesay turut pernah menyimpan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya dengan berkongsikan: "Saya sayang Malaysia, makananya, orangnya dan semangat peminat bola sepak yang tiada tandingan.





"Impian saya satu hari nanti bermain untuk pasukan kebangsaan.

"Agen saya mencadangkan saya bermain di liga ini dahulu untuk menyesuaikan diri.

"Meskipun saya memiliki pasport Malaysia, dokumen warisan nenek saya akan membuka pintu untuk status sebagai pemain tempatan suatu hari nanti." katanya.

Mengikut wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, berkongsikan: "Anuar Ceesay, import baharu UM Damansara United yang berhijrah dari Leatherhead FC, kelab yang bertapak di Surrey, England.

"Nenek berasal dari Hulu Langat, ibu dilahirkan di Singapura tetapi membesar di Hulu Langat

"Bakal pemain warisan baharu negara?" tambahnya.


 
 

Advertisement

Must Watch Video