Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1: Thankgod bantu UM Damansara United atasi MUFT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

um-damansara.jpg
Memasuki perlawanan keempat Liga A1 Semi Pro dengan pertembungan derbi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) antara UM Damansara United dan MUFT di UM Arena, Universiti Malaya.

Perlawanan seimbang ditonjolkan kedua-dua pasukan namun UM Damansara United berjaya membuka tirai jaringan menerusi bekas pemenang kasut emas liga A1 Semi Pro musim lalu, iaitu Thankgod Michael.

Thankgod sekali lagi berjaya muncul sebagai penjaring menerusi voli cantik, sayangnya ia tidak dikira apabila pengadil kesan berlakunya kekasaran.

Perlawanan seakan-akan buntu apabila tiada tambahan jaringan hingga wisel penamat sekaligus beri tiga mata penuh buat tuan rumah.

Bagi pengendali UM Damansara United, Ridzuan Abu Shah, kemenangan kedua dalam liga adalah tonik terbaik buat anak buahnya untuk kekal komited lebih-lebih lagi dengan situasi liga yang bakal berehat panjang selepas ini.

Sementara itu, penyerang import baru UM Damansara United, Thankgod bersyukur atas gol pertamanya musim ini dan berjanji lebih lagi jaringan bakal menyusul.

Derbi IPT itu merupakan salah satu perlawanan yang menampilkan bakat-bakat terbaik dalam kalangan pelajar universiti.

Keputusan 1-0 hasil perlawanan sengit itu juga adalah bukti bahawa mereka juga mampu tonjol kualiti tersendiri sekaligus beri saingan terbaik dalam liga. 
 

Advertisement

Must Watch Video