Jurulatih Seoul Pheonix, Lee Sang-jin, menegaskan pasukannya sedang melalui fasa kematangan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro.
Merujuk kepada pembentukan barisan pemainnya yang sudak semakin memahami situasi dan mempelajari kekuatan pasukan lawan, selain beradaptasi keadaan cuaca yang cukup berbeza dengan Korea Selatan.
Menerusi tiga kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan, bagi Sang-jin ia bukan keputusan yang cukup membanggakan, namun proses kematangan anak buahnya sedang berlaku.
"Perlawanan lalu menyaksikan kami tewas. Tetapi kami mendapati proses serangan dan membina penguasaan semakin menunjukkan perkembangan positif.
"Sekarang, kami masih memerlukan masa untuk membangunkan gaya permainan tersendiri meskipun melewati beberapa bulan," katanya di Nadi Arena.
Menjelang aksi dengan Imigresen II, Ahad ini Sang-jin mengakui risau dengan rentetan beberapa pemain utamanya menghadapi isu kecederaan, namun hakikatnya amat penting untuk Seoul memburu kemenangan keempat minggu ini.
"Sudah tentu kami mahu menambah baik.
"Kami juga perlu mengawasi pasukan lawan yang sangat bagus," tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang