"Apalah sangat pengunduran ini berbanding 50 individu lain yang berjuang untuk keluarga."
Demikian ditegaskan bekas presiden Kelantan Red Warriors, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, yang menyifatkan pengundurannya ini satu pengorbanan demi kelangsungan pasukan yang dibina daripada air tangannya ini.
"Saya beratkan kepentingan kelab.
"Sekarang ini ada sekatan FIFA (jadi) saya mengundurkan diri -- boleh dikatakan mengorbankan diri -- demi kelab.
"10 pengurusan 30 pemain, 10 jurulatih. Saya perlu fikirkan kelangsungan hidup mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Keputusan berat ini terpaksa diambil kerana tiada apa yang boleh mengubah fakta namanya berada dalam senarai hitam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan keberadaannya dalam pasukan milik Zamsaham, Kelantan Darul Naim sebelum ini.
Sudah pasti keputusan ini memberi kejutan kepada ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, yang keluar daripada persaraan atas pujukan Nik Hafiz sendiri.
"Saya mempunyai hubungan rapat dengan jurulatih, Irfan Bakti. Saya pujuk dia keluar daripada persaraan walaupun sebenarnya pada walnya dia tidak hendak.
"Apabila saya maklumkan ingin melepaskan jawatan, dia agak tersentak tapi saya pujuk agar jurulatih kena percaya dengan projek ini.
"Saya hendak kelab kesayangan saya ini berjaya," katanya lagi.