Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: UM-Damansara United teruskan aspirasi ke tiket Piala Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

um-damansara.jpg
Ketua jurulatih UM-Damansara United, Ridzuan Abu Shah, mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan Bunga Raya menjelang aksi minggu kelapan Liga A1 Semi-Pro 2025-2026, Isnin depan.

Dia percaya skuad Bunga Raya yang dibimbing Ishak Kunju berada di tahap motivasi terbaik ketika ini terutama selepas mereka meraih kemenangan 2-0 ke atas Seoul Phoenix minggu lalu.

Untuk rekod, selepas harungi tujuh perlawanan liga, Damansara menghuni kedudukan keenam dengan 12 mata hasil daripada tiga kemenangan, tiga kali kali seri serta tewas sekali.

"Saya berharap mendapat kemenangan ketika bermain di laman sendiri.

"Kami mahu layak Piala Malaysia buat pertama kalinya. 

"Jadi kami menyasarkan kelompok lima terbaik dalam liga musim ini," katanya. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan sekarang

Advertisement

Must Watch Video