Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: UM-Damansara United lakar kemenangan tipis ke atas Bunga Raya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

um.jpg
UM-Damansara United terus unggul mengekalkan slot dalam kelompok 10 terbaik selepas menewaskan Bunga Raya dengan kemenangan tipis 1-0. 

Akaun jaringan dibuka pada minit ke-37 menerusi tampanan mudah di hadapan gawang oleh pertahanan, Hariz Mansor meletakkan UM-Damansara di hadapan memimpin perlawanan dan tiada tambahan jaringan dihasilkan sehingga menuju bilik persalinan. 

Bermula babak kedua, tatkala UM-Damansara sudah mula meningkatkan intensiti permainan, Bunga Raya enggan memberi muka -- meskipun benteng Bunga Raya beberapa kali cuba diceroboh namun pujian diberikan kepada barisan pertahanan yang ampuh mematahkan serangan untuk mengekalkan defisit permainan kepada 1-0. 

Drama layangan kad merah di akhir babak diberikan buat pertahanan Bunga Raya, Umier Aznan selepas mengasari Wan Muhd Aqil Hakimi jadi penutup aksi 90 minit perlawanan.
FIFA

Untuk Peminat FIFA

Rasai sendiri kehangatan FIFA di rumah dengan FIFA PlayStation game.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video